Posts

Showing posts from March, 2020
Image
PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR      Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.      Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai amat penting untuk kehidupan kita seharian kerana sumber air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar akibat sisa buangan kilang dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang bersih. Lautan pula boleh tercemar akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari dermaga minyak atau kapal tangki ke lautan. Hal ini akan menjejaskan kehidupan lau...