Apa itu syukur?
Bersyukur ialah suatu perbuatan yang bertujuan untuk berterima kasih atas segala limpahan nikmat ataupun kesenangan yang diperolehi daripada Allah SWT berikan. seperti berterima kasih, mengenang budi dan pemghargaan. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersyukur jika diberi nikmat oleh Allah SWT, supaya tidak memandang nikmat yang telah diberikan itu banyak ataupun sedikit, kerana orang yang selalu bersyukur nescaya Allah SWT akan menambah kenikmatan tersebut.
Hal ini disebut dalam firman Allah SWT dalam QS Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;"barang siapa yang bersyukur atas nikmat Ku nescaya Aku akan menambah nikmat itu. Akan tetapi barang siapa yang kufur atas nikmat Ku maka azab Ku sangatlah pedih.
Konsep syukur.
Rasa syukur yang hakiki diperoleh berdasararkan lima tujuan utama dan barang siapa yang dapat melakukannya maka dia adalah seseorang yang bersyukur dengan benar. Antara lima tujuan tersebut adalah:
- Merendahkan diri dihadapan Allah SWT apabila mendapat kenikmatan daripadaNya.
- Cinta akan Allah SWT diatas nikmat yang diberi olehNya.
- Percaya bahawa segala nikmat yang diperoleh adalah daripada Allah SWT.
- Sentiasa memuji-Nya atas segala nikmat tersebut.
- Menggunakan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada jalan yang benar atau kebaikan.
Dengan demikian syukur merupakan bentuk pengakuan atas nikmat Allah dengan penuh sikap rendah diri serta menyndarkan nikmat tersebut kepada Nya dengan memuji seperti mengucapkan alhamdulillah.
Contoh-contoh nikmat.
- Nikmat islam dan iman, ini merupakan nikmat yang terbesar daripada Allah swt kerana menjadikan kita sebagai muslim yang bertauhid.
- Nikmat akal, ini juga merupakan nikmat yang besar dari Allah swt, kerana ia merupakan salah satu keteelitian Allah agar hambanya tidak leka.
- Terbukanya pintu taubat, kerana Allah swt sentiasa memberi peluang kepada umatnya untuk bertaubat walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukan.
- Nikmat kesihatan tubuh badan, kerana kita dilahirkan sempurna anggota badan serta akal fikiran dan tubuh badan yang sihat untuk melakukan pekerjaan dan menyembah Allah swt.
- Nikmat harta, kerana semua umat manusia berhak memiliki harta walaupun sedikit,kerana setiap harta seseorang itu berbeza nilainya.
- Bersyukur dengan hati, sedar dengan apa yang diberikan oleh Allah swt sama ada nikmat itu sedikit ataupun banyak kerana Allah swt tidak pernah berkira dengan umatNya.
- Bersyukur dengan lisan, mengucapkan alhamdulillah setelah mendapat keyakinan dari hati bahawa rezeki yang diberikan itu adalah datang dari Allah swt.
- Bersyukur dengan perbuatan, membantu orang lain apabila berada dalam kesusahan dengan menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah serta beribadat kepadaNYA.
- Bersyukur dengan tidak merosakkan nikmat Allah, seperti tidak menggondolkan/membotakkan hutan.
Bagus ya blognya . Bermanfaat amat ilmunya :)
ReplyDeletegood job baby
ReplyDeletebagus banget kontennya mantul banget
DeleteJangan lupa melawat blog kami ya, terima kasih ya :)
Deleteghairu mantul
Delete