SIFAT MAZMUMAH : HASAD,DENGKI DAN IRI HATI
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ
Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud No:4257)
DEFINISI
Menurut Imam al-Ghazali hasad memiliki dua tingkat: Tingkat yang pertama ialah anda tidak suka orang lain mendapatkan nikmat dan anda ingin menghilangkannya; dan tingkat yang kedua ialah, keinginan memperoleh nikmat serupa yang dimiliki oleh orang lain, tanpa bermaksud atau berharap hilangnya nikmat itu pada orang lain.
CIRI-CIRI HASAD,DENGKI DAN IRI HATI
1.Ingin mengetahui sesuatu daripada seseorang yang jarang dilihat,apabila ternampak bertanyakan banyak soalan.
2.Berasa tidak senang hati dengan kehebatan dan kejayaan yang dimiliki oleh rakan.
3.Selalu menyindir orang dengan segala amalan kerja yang dilakukan oleh seseorang itu.
4.Tidak suka melihat kesenangan orang lain.
5.Tidak bersetuju dengan segala keputusan dan pandangan diberikan oleh kawan-kawan atau oran ramai.
6.Tidak mahu kalah dalam sesuatu perkara malah sanggup menjatuhkan orang lain.
KESAN BURUK.
- Merosakkan amal ibadat, kerana hasad dengki menghabiskan pahala dan amal ibadatnya tidak diterima Allah serta doanya tidak diterima oleh Allah.
- Merosakkan hidup diri sendiri, kerana seseorang yang berhasad dengki tidak akan masuk ke dalam syurga.
- Menyebabkan Allah s.w.s menarik semula rezeki.
- Akan menimbulkan tekanan dalam diri, seperti perasaan terganggu kerana memikirkan hal orang lain.
KESAN BAIK.
- Dapat memotivasikan diri untuk menjadi lebih berjaya.
Surah Al Hasyar ayat 10 :
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
CARA-CARA MENGATASI
- Memperbanyakkan amalan sunnat.
- Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t
- Sentiasa merendahkan diri kepada Allah
- Membaca ayat berkaitan hasad serta memahami ayat tersebut
PENGAJARAN
Kesimpulannya,sifat hasad atau dengki ini merupakan sebahagian daripada penyakit rohani yang amat berbahaya kepada manusia. Ini kerana, manusia yang sering melakukan hasad dengki di cela oleh Allah S.W.T dan akan ditimpa dengan kecelakaan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.Oleh itu,kita haruslah menjaga hati kita daripada sifat yang tercela ini agar hidup diberkati Allah swt dan dapat hidup bersama masyarakat dengan damai.
caiyyok geng power habis
ReplyDelete